Sukarelawan Banjir Kota Tinggi

Alhamdulillah, KLKM KLIUC beserta beberapa sukarelawan Ikram telahpun menyampaikan sumbangan yang dikumpulkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kota Tinggi hujung minggu yang lalu. Walaupun pada mulanya bercadang untuk ke Parit Sulong, Batu Pahat namun rancangan itu terpaksa ditukar pada saat akhir memandangkan laluan ke Batu Pahat yang masih dipenuh air.

Rombongan kami sampai di Masjid Jamek, Kota Tinggi pada awal pagi Sabtu 20 Januari 2007. Dalam keadaan yang masih terang-terang tanah, kami menyaksikan bandar Kota Tinggi yang suram dan senyap sunyi. Sungai
Johor yang mengalir di tengah-tengah bandar walaupun sudah turun ke paras
biasa namun tetap berarus deras. Tanah-tanah kelihatan masih lembab. Di
sepanjang jalan sampah sarap merata-rata.

Pagar-pagar di kebanyakan kawasan perumahan dipenuh dengan
plastik-plastik, kertas, botol mineral yang tersangkut. Malah sampah
sarap ini juga tersangkut di atas dahan dan daun-daun pokok. Banjir
kali kedua hari tu dikatakan naik hampir mencecah bumbung rumah (8 kaki) dan tingkat dua rumah kedai di bandar itu. Sedih dan menyedihkan.

Namun keadaan rupanya lebih sedih di kampung-kampung yang terlibat.
Sadis.Itulah perkataan yang paling tepat apabila kami menyusuri Kg. Tembioh, Kg.Kelantan dan Kg. Panti. Kami sendiri tidak menjangka bahawa keadaan sebenar lebih dahsyat daripada apa yang dikhabar oleh media. Bagi kami, media kali ini gagal untuk menceritakan gambaran sebenar banjir di Kota Tinggi.

Hampir kesemua rumah-rumah papan di kampung itu diselaputi lumpur, ada
yang sudah senget, hilang tiang, hilang dinding. Ada yang bahagian
dapur rumah mereka hanyut dan lebih menyedihkan ada yang ranap dan musnah sama sekali.

Kami yang datang untuk membantu mengemas dan mencuci hilang punca
bagaimana untuk memulakannya. Apa yang kami lihat di sana sini
kemusnahan.Inilah yang dikatakan malapetaka, inilah yang dikatakan bencana. Harta benda tidak boleh diceritakan lagi. Segalanya musnah di bawa arus banjirdan ditenggelami air.

Ketika kami berada di Kg. Tembioh, kebanyakan pemilik-pemilik rumah
baru sampai dari pusat pemindahan banjir. Kami menyaksikan seorang pakcik tua yang berdiri hampir setengah jam merenung rumah yang dihuninya selama  40 tahun ranap menyembah bumi. Dia berdiri saja. tidak bergerak, tidak terkata apa-apa. Seorang makcik di Kg. Kelantan duduk mencangkung dan kelihatan mengais-ngais seorang diri di hadapan rumah yang sebahagiannya runtuh. Sebak untuk kami memikirkan apa yang berada dalam fikirannya ketika itu.

Banjir kali pertama Disember lalu sudah terlalu menyedihkan. Lebih
seminggu rumah mereka terendam. Penatnya tidak terkata membersihkan
pakaian, periuk belanga dan pinggan mangkuk yang terendam. Dalam masa
10 hari saja banjir yang sama berulang. Malah lebih dahsyat lagi. Hampir
seminggu juga rumah mereka tenggelam. Harta benda semuanya musnah
dimasuki air dan disaluti lumpur. Semua orang baik mangsa atau tidak
yang melihat sendiri keadaan banjir di sini pasti akan jadi keliru dan
bingung.Keadaan ini sama sekali tidak terduga. Tidak terfikir bagaimana hendak memulakan hidup semula.

Apapun dalam keadaan musibah seperti ini, dalam sedih dan kecewa, kita
tidak mempunyai kekuatan lain kecuali berbalik kepada Yang Esa.
Sesungguhnya hanya Dia saja yang mampu menenangkan sepertimana kata
seorang kakak yang kami temui di pusat pemindahan banjir.

"Apa nak buat. Bukan boleh dihalangpun. Dia nak bagi.... Dia nak bagi
kita terima jelah..Inipun dah bersyukur sebab anak-anak semua selamat.
Asalkan anak-anak selamat sudah.... Harta hilang..sedihlah..tapi... esok-esok
boleh cari....,"

Yang pasti...mangsa-mangsa banjir ini tidak mempunyai apa-apa untuk
membina semula hidup mereka. Yang nyata mangsa-mangsa banjir ini
mengharap bantuan, keprihatinan dan pertolongan dari kita semua.
Walaupun wang mungkin menjadi keperluan paling utama saat ini namun sumbangan tenaga tidak kurang pentingnya

Banjirb_1

                            

KLKM KLIUC TO BE NUMBER ONE

KLIUC - bersyukur ke hazrat ilahi kerana sekali lagi KLKM KLIUC berjaya menamatkan aktiviti KLKM KLIUC tahun 2006.  Tahun 2006 KLKM KLIUC bermulanya dengan aktiviti Kepimpinan di Wisma Kelana Seri Angkasa, Kuala Muda, Kedah.  Membantu mangsa banjir di Jitra, Kedah dan melawat penempatan Tsunami di Kota Kuala Muda di Kedah dan kami mengakhiri aktiviti KLKM KLIUC untuk tahun 2006 dengan mengadakan Kem Ikhtiar Hidup di Pusat Kokurikulum UDM Kampus Kusza, Pantai Merang, Setiu, Terengganu. Untuk tahun 2006 sahaja kami telah mengadakan hampir 16 program bermula dari Disember 2005 sehingga September 2006 dengan kekuatan ahli seramai 32 orang dan 15 orang Alumni. Tahun 2006 telah mencatat sejarah buat KLKM KLIUC di mana 4 ahli kami memegang jawatan tertinggi di dalam Majlis Perwakilan Pelajar KLIUC. Ahli kami juga terpilih mewakili Pengakap Malaysia ke Peringkat Antarabangsa  dan KLKM KLIUC merupakan kelab pertama yang berjaya menghantar ahlinya mewakili Malaysia ke Peringkat Antarabangsa dan tahun ini juga kepimpinan KLKM teruji apabila Pesuruhjaya KLKM KLIUC En Vasan Mariappan meletakan jawatan sebagai Pensyarah di KLIUC untuk menyambung pelajarannya di- UPM. Bagi kami matlamat kami KLKM KLIUC to be Number One tercapai  dan kami akan berusaha lagi memastikan KLKM KLIUC terus kehadapan.

BBQ KLKM KLIUC

KLKM KLIUC telah diadakan pada 9 feb 2006. Exco Tertinggi KLKM KLIUC telah menganjurkan BBQ di Tempat Letak Kenderaan Blok Acacia. Program ini dihadiri oleh semua Exco Tertinggi KLKM KLIUC Barbeque_night_01

Kem Kepimpinan KLKM KLIUC

Pada 23-26 Disember 2005 telah dijalankan Kem Kepimpinan KLKM KLIUC di Wisma Kelana Seri Angkasa. Seramai 15 oran ahli termasuk Alumni terlibat semasa program berkenaan. Selain melatih ahli dalam menjalankan tugasan. Program pada kali ini jua memberi peluang kepada ahli menjalankan tugasan sukarelawan membantu mangsa banjir di Taman Permata Jitra dan melawat kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda tempat paling teruk di landa Tsunami setahun yang lalu.

Urusetia Kempori dan Koroburi Daerah Kuala Muda

Pemimpin_bertugasUrusetia_kempori_kuala_muda_1 Pada 29 september hingga 1 Oktober 2005, KLKM KLIUC telah di beri penghormatan oleh pengakap Daerah Kuala Muda untuk menjadi Urusetia Perkhemahan Kempori dan Koroburi daerah Kuala muda yang telah diadakan di Wisma Kelana Seri Angkasa, Kuala Muda. Seramai 11 ahli telah bertugas sebagai urusetia di perkhemahan berkenaan.

Kem Jati Diri KLKM KLIUC di Wisma KSA

Kenangan_di_ksa_1 Pada 16 hingga 18 September 2005, KLKM KLIUC telah mengadakan kem jati diri KLKM KLIUC yang telah dijalankan di Wisma Kelana Seri Angkasa Sungai Petani Kedah. Seramai 15 ahli KLKM KLIUC dan 2 orang ahli KLKM Uniten terlibat dalam program pada kali ini. antara program yang dijalankan di sini ialah Berkayak, Masakan Rimba, Baca Kompas, Flying Fox dan beberapa lagi program sampingan.

Perkhemahan Teluk Batik

Img_2020 Pada 5 hingga 7 Ogos 2005, Kumpulan Latihan Kelanasiswa malaysia, KLIUC telah mengadakan perkhemahan di Pantai Teluk Batik, Lumut Perak.Img_2002 Memang Best gila program kali nie. Selain itu, Perkhemahan adalah untuk memperingati genap setahun KLKM  KLIUC menjalankan program pertama iaiImg_2047tu pendakian ke Gunung datuk yang diadakan pada 7 dan 8 ogos 2004.

 

Lawatan Susulan Ke Pusat Jagaan Titian Kaseh, Titiwangsa

Rtk1_34 Pada 23 Julai 2005, Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia KLIUC telah mengadakan lawatan Susulan Ke Pusat Jagaan Titian Kaseh ( Rumah anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal). Sebelum ini KLKM KLIUC telahpun menganjurkan Program Kebajikan Titian Kaseh pada 21 Mei 2005. Dimana program berkenaan di sertai seramai 30 orang yang terdiri daripada ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia, majlis Pewakilan Pelajar, Persatuan Mahasiswa Islam, Pensyarah KLIUC dan Staff IKRAM.

Lawatan susulan ini pula telah disertai seramai 15 orang ahli KLKM KLIUC, dimana program ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 1.30 tengahari. tujuan utama Lawatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan diantara Pelajar KLIUC dengan Penghuni Pusat Jagaan Titian Kaseh.  antara pengisian yang telah dijalankan oleh Ahli KLKM sepanjang 6 Jam berada di RTK. beramah mesra bersama penghuni. bersiar-siar bersama penghuni pusat jagaan titian kaseh ke Tasik Titiwangsa, Jamuan Makan tengahari  dan Sesi penyampaian sumbagan hasil kutipan dari Ahli KLKM KLIUC.-KLKM KLIUC-